aLuAn

aLuAn

Renungan


CINTAI ALLAH


•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•
::: (\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
*: (=' :') ::::::::
Segalanya indah andai hati mencintaiNya^^:::::::::::
•.. (,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸
•*´¨`*•.¸¸.•

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

PMR PASTI TIBA



BAHASA ARAB

Bahasa Arab PMR format baru 2010
Alhamdulillah dengan izin Allah dapat jua ustaz paparkan format terbaharu bahasa arab ini. Kelewatan harap dimaafkan kerana bebanan tugas yang sedia ada.





Alhamdulillah dengan izin Allah dapat jua ustaz paparkan format terbaharu bahasa arab ini. Kelewatan harap dimaafkan kerana bebanan tugas yang sedia ada.









Pada bahagian A ini, terdapat 2 bentuk soalan yang perlu diberi perhatian oleh semua calon. Soalan Satu alif (   ) menghendaki calon memilih jawapan dari pilihan yang disediakan. Kelihatan mudah namun amat besar impaknya kepada pencapaian para calon kerana tiada maaf bagi kesilapan yang dibuat semasa menjawab. Salah tanda bermakna anda akan kehilangan markah secara mutlak.



Aspek ke dua di sini, calon mesti menguasai kesemua tajuk dan kemahiran pada tatabahasa atau nahu bahasa arab itu sendiri. Contoh jelas pada soalan satu (ba) di bawah dimana kemahiran mengaplikasi pengetahuan yang ada amat penting.


Pada bahagian ini, calon dikehendaki hanya menjawab satu soalah dari 2 pilihan yang diberi. Selamat berusaha buat semua.


Nantikan siri bimbingan menjawab PMR dari arab2u ....






Muat Turun:Santai Bina Minda
Inilah senarai mesti mahu buat anda...
1)Baca Quran guna Flash.
2)Kamus Bahasa Arab-Bahasa Inggeris.
3)Siapa Nak Jadi Jutawan?
4)Monopoli gerai Hari Koku.
5)Software buat Peta Minda.


Anda mungkin juga meminati:





TUTORIAL : WAKTU/ PUKUL DALAM BAHASA ARAB


BISMILLAH… 

Tutorial kali ini akan diterangkan cara untuk menentukan masa/ pukul dalam Bahasa Arab. Pada pukul dalam bahasa arab disebut  ( فِي السَاعَةِ ).

Untuk bilangan pukul tukar bilangan dalam Bahasa Arab kepada wazan ( timbangan )

الفَاعِلَةِ

Contoh :                               


Bilangan BiasaBilangan pukul/masaMakna
وَاحِد 
الوَاحِدَة
pukul satu
اثنان 
الثَانِيَة 
pukul dua
ثلاث
الثَالِثَة 
pukul tiga
أربعة
الرَابِعَة 
pukul empat
سِتَّة
السَادِسَة
pukul enam



Begitulah seterusnya. Ingat guna wazan  الفَاعِلَة ). Mudahkan?



Untuk minit guna دَقَائِقَ / دَقِيقَةً  )  
Untuk suku guna  الرُبُعُ  ).   
Untuk setengah guna  (  النِصْفُ ).    

في السَاعَةِ السَابِعَةِ وَ خَمْسِ دَقَائِق 
Pada pukul tujuh lima minit
في الساعة الثَامِنَةِ وَالرُبُع
Pada pukul lapan suku
في الساعة التَاسِعَةِ وَالنَصْفِ
Pada pukul Sembilan setengah



Semoga tutorial kali dapat membantu anda menguasai masa dalam Bahasa Arab.

WALLAHU TA’ALA A’LAM






TUTORIAL : KATA NAMA TUNGGAL ( مُفْرَد ), DUA( مُثَنَّى ), DAN RAMAI/BANYAK ( جَمْع )




BISMILLAH…

Tutorial kali ini ustaz akan menerangkan kata nama dari sudut bilangan.


Kata nama dari segi bilangan terbahagi kepada tiga :







1. المُفْرَد ( tunggal )



Iaitu menunjukkan bilangan satu. Contoh :
كَاتِبٌقِطٌّسَيَّارَةٌقَلَمٌ
seorang keraniseekor kucingsebuah keretasebatang pen







2. المُثَنَّى ( bilangan dua )



Iaitu menunjukkan bilangan dua.




Tandanya ialah ditambah ( ا ن / ي ن ) di akhir. Contoh :

كَاتِبَانِ
قِطَّانِ
سَيَّارَتَانِ
قَلَمَانِ
dua orang keranidua ekor kucingdua buah keretadua batang pen








3. الجَمْع( bilangan tiga ke atas)



Iaitu menunjukkan bilangan tiga atau lebih.



Jamak terbahagi kepada tiga jenis ;




i. Bilangan ramai untuk lelaki yang berakal (جمع المُذَّكَر السَالِم ). Tandanya ialah di tambah ( ون / ي ن ) di akhir.



Peringatan : tidak boleh dimasukkan kepada benda. Contoh :

كَاتِبُونَ
طَالِبُونَ
فَلَّاحُونَ
نَاجِحُونَ
para keranipara pelajarpetani-petanigolongan yang berjaya







ii. bilangan ramai untuk perempuan ( جمع المُؤَنَّث السَالِم) . Tandanya ialah ditambah ( ات ) di akhir. . Ia digunakan untuk manusia dan benda. Contoh :

كَاتِبَاتٌ
تِلْمِيذَاتٌ
حَقِيبَاتٌ
kerani-kerani wanitapara pelajar perempuanbeg-beg





iii. Perubahan daripada binaan mufradnya dalam jama’ Taksir ( جمع التَكْسِير ). Jama’ jenis ini digunakan pada manusia dan benda. Untuk mencari jamak jenis ini hendaklah merujuk kamus ( cari perkataan mufrad )

رُكَّابٌ
طُلَّابٌ
كُتُبٌ
مَدَارِسُ
para penumpangpara pelajarbuku-bukusekolah-sekolah







Tajuk jama’ ini akan diperincikan dalam tutorial akan datang kerana perbahasannya agak kompleks. Sekian dulu tutorial untuk kali ini. Diharap pelajar memahaminya. Sekiranya terdapat soalan dialu-alukan kemukakannya. Jangan malu untuk menambah ilmu.




WALLAHU TA’ALA A’LAM







TUTORIAL : KATA-KATA HIKMAH ( الحِكَمُ ) DAN PERUMPAMAAN ( الأَمْثَالُ )








BISMILLAH…







Tutorial kali ini ustaz akan menerangkan salah satu bentuk soalan format baru iaitu soalan mengenai kata-kata hikmah ( الحِكَمُ ) dan perumpamaan ( الأَمْثَالُ ). Untuk menguasai soalan bahagian ini, para pelajar hendaklah betul-betul mengingati bacaan dengan baris yang betul serta dapat memberi pengajaran daripada kata-kata hikmah atau perumpamaan itu. ( jawapan hanyalah menggunakan Bahasa Arab).













Tutorial bahagian ini ustaz akan menyatakan kata hikmat tersebut, kemudian akan diterjemahkan agar mudah untuk menghafalnya dan akhir sekali ustaz akan terangkan pengajaran dalam Bahasa Arab beserta maknanya.










***Semua kata hikmah yang dipelajari dari tingkatan satu hendaklah dikuasai dengan baik untuk mencapai A dalam Bahasa Arab. Ustaz akan menerangkan bermula dari tajuk pertama tingkatan satu agar pelajar tidak ketinggalan dari awal.










Kita mulakan dengan Kata hikmah yang pertama dan yang paling mudah :










مَنْ جَدَّ وَجَدَ










Maksud : “Sesiapa yang bersungguh-sungguh akan mendapat kejayaan.”










العِبْرَةُ وَالاِتِّعَاظُ (iktibar dan Pengajaran )










مَنْ اِجْتَهَدَ وَجَدَّ فِي فِعْلِ الشَّيْءِ حَصَلَ عَلَى النَّجَاحِ










Maksud : Sesiapa yang rajin dan tekun melakukan sesuatu dia akan mencapai kejayaan.










PERINGATAN : Pastikan anda mengingati kata-kata hikmah dengan baris yang betul serta dapat memberikan pengajaran dalam bahasa arab. Sila hafal. Soalan yang akan ditanya sama ada :










1- Letakkan baris









2- Isi tempat kosong









3- Nyatakan pengajaran










Sekian dahulu tutorial pada kali ini. Semoga pelajar memahaminya dengan baik.










WALLAHU TA’ALA A’LAM.






TUTORIAL : KATA-KATA HIKMAH ( 2 )




BISMILLAH...



Kata-kata hikmah yang kedua ( rujuk buku teks Tingkatan 1 ms 37 ) yang akan kita bincangkan ialah :
 الحَاجَةُ تُفَتَّقُ الحِيلَةَ

1- Maksud :

“ Keperluan Menambahkan Helah.”

2-    ) العِبْرَةُ وَالاِتِّعَاظُiktibar dan Pengajaran )

 المَرْءُ سَيَجْتَهِدُ فِي تَحْصِيلِ حَاجَتِهِ

Maksud : Seseorang itu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluannya.

PERINGATAN : Pastikan anda mengingati  baris dengan betul serta dapat memberikan pengajaran / maksud dalam bahasa arab. Hafal kata-kata hikmah yang mudah dan ringkas ini dengan sebaiknya.


















Sekian dahulu tutorial pada kali ini. Semoga ia dapat difahami dengan baik.

WALLAHU TA’ALA A’LAM. 



Tutorial : Kata Hikmah ‘Siapa Yang mencari Kemuliaan’





BISMILLAH…
Tutorial kali ini ialah kata hikmah yang pertama tajuk yang pertama daripada buku teks Bahasa Arab tingkatan tiga ( muka surat 17 ). Ungkapan kata-kata hikmahnya ialah :
مَنْ طَلَبَ العُلَا سَهِرَ اللَيَالِي
Maksud : Sesiapa yang mencari kemuliaan, hendaklah dia berjaga malam.

1. Makna kata-kata hikmah   مَعْنَى الحِكْمَةِ 
مَنْ يُرِيدُ نَيْلَ الشَّرَفِ وَالنَّجَاحِ فَعَلَيْهِ أَنْ يَنْفَعَ أَوْقَاتِهِ فِي اللَيَالِي
Sesiapa yang ingin mencapai kemuliaan dan kejayaan hendaklah dia memanfaatkan semua waktunya pada waktu malam.
2. Pelajaran dan Pengajaran  دُرُوسٌ وَعِبَرٌ
عَلَى الطَّالِبِ أَنْ يَلْتَزِمَ بِالأَوْقَاتِ -
Pelajar hendaklah komited dengan masa.
عَدَمُ الإِهْمَالِ فِي أَدَاءِ الوَاجِبَاتِ 
Tidak leka dalam menunaikan kewajipan-kewajipan.

Para pelajar hendaklah mengingati kata-kata hikmah dengan lancar dan baris yang betul di samping dapat memberikan makna  kata hikmah serta pengajarannya. Semoga tutorial kali ini difahami oleh pelajar sekalian.
WALLAHU TA’ALA A’LAM